1 Dec 2010
terkejut?
Itulah reaksi sebahagian besar rakan sekerjaku bilamana mereka menerima email 'Salam Perpisahan' semlm sempena hari terakhirku di TM. Aku tidak kemana-mana,hanya di rumah sepenuh masa;melayan keperluan keluarga & peruntukan masaku kepada-Nya, insyAllah.
Memang telah kusedar sedari awal keputusan dibuat iaitu kira-kira 2 tahun lepas selepas kelahiran puteri sulung kami; bahawa aku perlu di rumah,namun tika itu aku masih lagi mempunyai ikatan bayaran biasiswa belajar dahulu. Perlu ditangguh!Alhamdulillah aku punya pengasuh anakku yg sanggup menjaga anak kami setelah kami ceritakan keadaannya yang menghidap Incontinentia Pigmenti (IP) iaitu sejenis sakit berkaitan genetik yang melibatkan gangguan perkembangan pada kulit, kuku, rambut,gigi. Ada juga pesakit IP yg mengalami gangguan mental juga masalah penglihatan,moga dijauhkan daripada anak kami. Zahirnya alhamdulillah tidak ada yg cacat celanya anak kami. Malahan sekarang boleh
berlawan bertekak kalau berbicara. Dan kami sentiasa berharap tiada efek IP lain kepada anak kami. Jarang kubercerita hal ini bukan sebab aku malu,jauh sekali takut berhadapan masyarakat.Tika itu kami sendiri juga kurang pasti akan sakitnya hanya fokus kepada perubatan moden yg disaran pihak doktor. Dari pemerhatian hasil follow-up dgn paed dermatologist, perkembangan lainnya masih dlm linkungan sepatutnya, hanya perlu lebihkan perhatian kpd kemahiran memfokus supaya tidak ketinggalan dlm pelajaran kelak.Inilah tugasan besar yang menunggu aku sedangkan aku masih kesamaran untuk bermula darimana...
Tag →
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 Responses to “terkejut?”
selalu contact2 ye..
tak sempat pun nak tata titi tutu
biler2 jemputla datang umah ke saya bertandang ke umah akak :)(memang muka tak malu, pipi tak tersorong-sorong)
senang2, visit la those mommies yg wat homeschool if jah nak start ajar husna sendiri...wish u best of luck....
Post a Comment