Husna

Lilypie Fourth Birthday tickers

Asma'

Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

9 Sept 2008

Husna's Milestone

Dah lama tak update blog..penuh sawang-sawang dah rupenye... :)

Husna dah 6 bulan 1/2; dah banyak bunyik "tatata..bababa..nanana..". Alhamdulillah bulan puase nie, abahnye masuk keje kol 9, jadi dapatlah anta Husna lewat sket. Kalau tak, dah pasti Husna kene punch card kol 6.30 sbb mak naik ERL kol 7. Kompeni mak kasi balik awal sempena pose nie, so 4.30 on the dot mesti memboloskan diri dari opis. Then, around 6 dah boleh amik Husna.

Masa berbuka puasa Husna asyik dengan permainannya. Jadi, bolehlah mak & abah berbuka puasa sekali. Husna biasanya mengiring ke kiri & ke kanan, masih berusaha untuk meniarapkan diri. Husna yang leka dengan permainan akan menoleh sekali sekala ke arah mak & abah yang sedang berbuka. Panggil nama Husna, dia pon menoleh sambil tersenyum-senyum. alahai, comeynye...nie yang nak buat mak & abah tanak tinggalkan Husna pi keje nie.

Dalam entry sebelum ini, ada mention yang Husna didiagnoskan ada IP (Incontinea Pigmenti). Semuanya alhamdulillah sembuh menjelang Husna masuk 3 bulan. Apa yang selalu bermain-main difikiran sekarang ini, apakah pula kesan IP kepada perkembangan Husna seterusnya.Mak & abah berdoa moga Husna senantiasa sehat.
Namun yang pasti, kami akan membawa Husna jumpa Paed+Dermatologist (Dr Mardziah) utk minta nasehat. Btw, Dr Mardziah telah berpindah hospital; dari SJMC ke KPJ DSH. I'Allah Sabtu nie, Husna akan jumpa dengan Dr Mardziah.

19 Jul 2008

Apa kaitannya...

Aku perlu mencari sebabnya... adakah ada perkaitan antara BF dgn PCOS? Aku terdiam sejenak setelah membaca artikel dalam PA&MA Ogos'08 yang mengaitkan PCOS dgn BF. Memang aku telah didiagnoskan ada PCOS sebelum mengandung lagi. Setelah 'google', artikel dalam link di bawah sedikit sebanyak menerangkan kaitan antara PCOS & BF.
http://www.breastfeeding.org/newsletter/v3i3/page1.html

Aku teruja untuk meneruskan pumping walaupon sejak sebulan lalu Husna sudah mula mixed feeding dengan formula (masa kerja). Tidak sampai hati sebenarnya nak bagi formula tapi aku akan usahakan juga supaya milk supply bertambah even mungkin ada kaitan dengan PCOS yang mengurangkannya. Ya Allah! kuatkanlah semangat aku demi memberikan yang terbaik permata hati mak; Husna...

Jadi, apa perlu dibuat sekarang ialah mencari LC & O&G bagi mendapatkan khidmat nasihat. Ada sesiapa pernah berhubung dengan mana-mana LC kat area KV?

19 Mar 2008

Berpantang

Aku berpantang di Kota Warisan memandangkan keperluan visit spital hampir setiap minggu. Utk follow-up checkup akulah, follow-up sakit Husna yg bnyk kalinye. MIL fully jaga aku & baby Husna; terima kasih mak. Dari memasak food pantang aku, menjaga aku kat wad, memandi Husna, mengurus rumah kami, memangku Husna dlm kete; semuanya lah. Tapi sibbaik pantang orang Johor tak xtreme sgt, asal mknan tak gatal boleh jer mkn. Elok mkn bnyk2 sbb baby fully bf supaya baby dpt rase bnyk mknan. Tapi since Husna ada sakit kulit, bnyk juga kene pantang mkn..try n error lah..Silap mkn, naik plak nanah kat kaki die. Takpon, kembung perutnya kalo mkn yg berangin plak.

Jadwal lawatan ke SJMC.
22/02/08 (ptg) - Husna lahir.
24/02/08 (tgh hari) - Discaj.
25/02/08 (lewat ptg) - Pegi ER & warded.
28/02/08 (tgh hari) - Discaj.
01/03/08 (pagi) - Aku f/up dgn O&G (Dr Deelaila).
08/03/08 (pagi) - Husna jumpa dgn Paed (Dr Indon).
15/03/08 (pagi) - Husna jumpa dgn Paed Dermatologist (Dr Mardziah).
24/03/08 (ptg) - Hearing test Husna; alhamdulillah both ears PASSED.
29/03/08 (pagi) - Husna akan jumpe dgn Paed & Paed Dermatologist.

17 Mar 2008

Incontinentia Pigmenti (IP)

15/3/08 - kami bawa Husna ke SJMC, appointment dgn Paed Dermatologist dan hari ini Dr confirmkan nama penyakit kulit yg Husna alami. Penyakit yang dibawa oleh genetik. Husna perlu dirujuk lagi utk memastikan tahap kesehatannya. Menurut Dr, tahap perkembangan Husna juga perlu diawasi dari masa ke semasa. Ya Allah, sehatkanlah permata hati kami ini, hanya pada-Mu kami berserah... Namun bab minum susu & tido serta berjaga lewat malam, Husna memang takde masalah. Cuma mak & abah kene la ikut shift Husna nie; tido siang, malam jaga!

Pada awal kelahiran Husna, Dr masih tak pasti tentang sakit tersebut & didiagnoskan sebagai Transient Neonatal Pustular Melanosis. Mula2 lps lahir, kena kat tangan n kaki.. pastu sehari lps balik rumah, hampir satu badan Husna kemerahan-merahan (Dr kate ruam panas) menyebabkan kami terpaksa berkampung semula di SJMC keesokkan harinya selama 3 malam.. bintik2 seluruh badan.. yg sedihnya :( ada yg bernanah.. skrg ni ruam dah mula hilang setelah kami letakkan dia bwh kipas n aircond...

-to-be-updated-

Back To Top