Husna

Lilypie Fourth Birthday tickers

Asma'

Lilypie First Birthday tickers

1 Dec 2010

terkejut?

Itulah reaksi sebahagian besar rakan sekerjaku bilamana mereka menerima email 'Salam Perpisahan' semlm sempena hari terakhirku di TM. Aku tidak kemana-mana,hanya di rumah sepenuh masa;melayan keperluan keluarga & peruntukan masaku kepada-Nya, insyAllah. Memang telah kusedar sedari awal keputusan dibuat iaitu kira-kira 2 tahun lepas selepas kelahiran puteri sulung kami; bahawa aku perlu di rumah,namun tika itu aku masih lagi mempunyai ikatan bayaran biasiswa belajar dahulu. Perlu ditangguh!Alhamdulillah aku punya pengasuh anakku yg sanggup menjaga anak kami setelah kami ceritakan keadaannya yang menghidap Incontinentia Pigmenti (IP) iaitu sejenis sakit berkaitan genetik yang melibatkan gangguan perkembangan pada kulit, kuku, rambut,gigi. Ada juga pesakit IP yg mengalami gangguan mental juga masalah penglihatan,moga dijauhkan daripada anak kami. Zahirnya alhamdulillah tidak ada yg cacat celanya anak kami. Malahan sekarang boleh berlawan bertekak kalau berbicara. Dan kami sentiasa berharap tiada efek IP lain kepada anak kami. Jarang kubercerita hal ini bukan sebab aku malu,jauh sekali takut berhadapan masyarakat.Tika itu kami sendiri juga kurang pasti akan sakitnya hanya fokus kepada perubatan moden yg disaran pihak doktor. Dari pemerhatian hasil follow-up dgn paed dermatologist, perkembangan lainnya masih dlm linkungan sepatutnya, hanya perlu lebihkan perhatian kpd kemahiran memfokus supaya tidak ketinggalan dlm pelajaran kelak.Inilah tugasan besar yang menunggu aku sedangkan aku masih kesamaran untuk bermula darimana...

7 Responses to “terkejut?”

  • waaa ijah.. dah dapat ekk. Tak dapat pon email 'salam perpisahan' tu... huhu. Aper2 pon Jah, Gud Luck dgn kehidupan baru yerr.. Kalau ada ape2, calling2 laa ekk..
  • yah yah.. sudah ada posting suri rumah sepenuh masa nih.. hihik.. Selalu2 update ek.. so boleh ganti seisi bersocial & gosip waktu lunch.. heheh :P
  • tahniah jah, and it is the best for husna sebenarnya.. apa pun, moga kita semua sentiasa bergantung harap pada Allah
  • anak adalah segalanya..berkorban apa saja demi mereka..ijah, keep in touch ok :)
  • insyallah..allah akan permudahkan segala-galanya :). have a good faith.
    selalu contact2 ye..
  • saya memang terkejut
    tak sempat pun nak tata titi tutu
    biler2 jemputla datang umah ke saya bertandang ke umah akak :)(memang muka tak malu, pipi tak tersorong-sorong)
  • tahniah jah...huhu jelesnya...
    senang2, visit la those mommies yg wat homeschool if jah nak start ajar husna sendiri...wish u best of luck....
  • Back To Top