Husna

Lilypie Fourth Birthday tickers

Asma'

Lilypie First Birthday tickers

24 Aug 2010

Maafkan Nuna.... [@ ijjah-an.blogspot.com]

Tanggal 22 Ogos 2010, genaplah Nuna 2 tahun 6 bulan... seronoknya Nuna bila tiba hujung minggu seperti selalu; tambahan mak dan abah di rumah aka tidak bekerja. Seperti selalunya Nuna gemar menonton kartun mcm Spongebob, Upin & Wonderpet. Lepas Zuhur aku dok mengadap PC dlm bilik belakang sambil Nuna & Abah menonton TV. Nuna plak kadang2 masuk bilik belakang menjengah aku. Nak dijadikan cerita, Nuna masuk ke dalam bilik belakang & minta dibukakan kartun (baca: sprt di atas). Belum sempat aku search di Youtube, Abah panggil Nuna tgk TV sbb Wonderpet ade kat TV9. Nuna pon dgn sangat excited berlari keluar sambil menutup pintu bilik. Sejurus itu, kudengar Nuna menangis sekuat hati & Hubby menyebut "Ya Allah, Ya Allah Nuna" beulang-ulang kali. Aku segera keluar..."Ya Allah bnyk nya darah..." Nuna meraung kuat sambil berkata..."Abah, maafkan Nuna, Nuna tak buat lagi......" Kami katakan pada Nuna, abah & mak minta maaf kat Nuna atas kealpaan kami. Ya, kami agak panik tika itu...Aku berlari ke bilik depan mendapatkan sebotol minyak gamat lalu terus kucurah atas jari Nuna. Aku tidak tahu berapa jari yang tersepit sbb dah penuh darah. Tangan kiri Nuna kubalut dgn towel & napkin kujadikan anduh...Kami bersiap ala kadar utk ke ER. Sempat jua kubuat sebotol susu sbg bekalan Nuna nnt. Hubby memecut kereta menghala ke Hospital Putrajaya. Dalam kereta kualaunkan beberapa kalimah suci & mengajak Nuna berborak supaya dia tidak tidur. Lama sungguh nak sampai Hosp. Putrajaya nie detikku dalam hati.

Sampai sahaja di ER Hosp Putrajaya aku terus mendapatkan bantuan. Balutan towel dibuka...Ya Allah hampir putus jarinya. Jari manis. Kami diberi kad kecemasan indicator Yellow & terus dibawah ke dlm ER jumpa dgn Dr. Dlm ER, Dr. terus periksa & ramai nurses yg dtg ke katil Nuna ditempatkan sbb Nuna meraung sgt2 kuat..dan Nuna perlu dipegang oleh beberapa nurses. Kupeluk Nuna & bisikkan bacaan 3 Qul ditelinganya agar dia tenang."Perlu X-tray, kata Dr utk periksa sama ada tukang patah atau tidak". Kami dibawa ke bilik X-tray.Sekali lagi Nuna menangis. Jenuh kupujuk Husna, akhirnya dapat juga dudukkkan Nuna utk x-tray tangannya. Setelah selesai kami kembali ke ER semula. Nuna dah penat & mengantuk.Lalu kuberikan susu yg dibawa tadi.Nuna hampir lelap,habis sebotol susu. Pasti Nuna kepenatan menjerit, meraung menangis tadi. Result x-tray diberitahu tiada yang patah; syukur. "Kita perlu jahit kak", beritahu Dr.

Aku mengangguk tanda setuju & kuberitahu Hubby diluar. Nuna diberikan ubat pelali tapi Nuna tidak tidur. Aku diminta menunngu dikerusi sementara jahitan dibuat. Kudengar mereka melayan Nuna berborak2. Nurse beritahu sedang jahit. Aku berdoa moga Nuna dijauhkan rasa sakit & cepat sembuh. Selepas siap dressing luka, aku terus dapatkan Nuna; tangan kiri Nuna dibandage. Nuna minta dukung. Dr beritahu after 20min boleh balik & ambil ubat. Dr pesan after 5/6 hari dtg semula utk buka jahitan. Dan pesannya utk buat dressing sehari sekali.

Nuna, mak & abah sekali lagi minta maaf. Tapi mak & abah redho ujian dari Allah. Mungkin juga sebagai salah satu cara Allah mendidik kami dalam menjaga amanah-Nya ini. Ya Allah ampunkan segala dosa kami & berikanlah kami petunjuk...Jadikan Husna anak yang solehah yang akan mendoakan kami di alam barzakh kelak..aminnn...

11 Responses to “Maafkan Nuna.... [@ ijjah-an.blogspot.com]”

  • Moga Nuna cepat sembuh ye! insya Allah..
  • jah... berderau akak baca nih. apapun semoga nuna cepat baik ya.
  • semah/k.tie, amin..amin..dah 2 ari bercoti d rumah..ala-ala latihan utk stay at home...
  • nuna.. get well soon yer.. ala cian dia.. :)
  • Jah, terkejut baca ni. Ya, semoga Allah ampunkan dosa2 kita. Moga Husna cepat sembuh dan lupakan kesakitannya. Take care yourself n also ur Husna. :)
  • jah, aku yang baca pun rasa berderau.
    tulus mulusnya hati seorang anak, dia yang bersungguh meminta maaf. kesian husna :*(
  • jah, harap husna cepat sembuh. kita baca post ni baru tau. insya-Allah akan dtg melawat kalau berkesempatan.
  • moga nuna cepat sembuh...kite menangis baca entry awak ni tau jah..ntah la nape..perasaan seorang ibu la kot...adeih meleleh2
  • mata kite pon dah bergenang baca entry ni. MOga nuna cepat sembuh yer! n to mama n si abah, bebyk bersabar..we as parents mmg tak lari dr melakukan kesilapan, serve us a great lesson indeed :)
  • Aina, Hany, Aida,Huda, Farra & Yati - thanks for the doa.
    Air mata kami mmg tak henti2 kuar but depan Nuna we have to be tough. Mengingatkan jeritan kesakitannya, masya Allah...
  • selamat hari raya jah..
  • Back To Top