Husna

Lilypie Fourth Birthday tickers

Asma'

Lilypie First Birthday tickers

2 Nov 2009

Cerita di sebalik arahan kuarantin di rumah

21/10 - Pagi: Rasa panas badan Husna nie, cek suhu confirm la demam. Kasik syrup demam. Then around kol 11, masih panas lagi; sponge kan Husna. Husna lak memang aktif ke sana ke mari. Waktu tgh ari, tidokan dia. So, aku pon mulakan operasi mengemop lantai umah. Belum sempat aku siap mengemop, Husna dah bangun; dengan sibuknya dia mengikut blakang ku. Lantai ada la spot yg tak brape kering, Husna jatuh melutut. Then dia terus bangun. Dia mintak susu,lalu aku terus ke dapur & dia mengikut dibelakangku. Tgh aku dok buat susu, Husna terlentang ke belakang...tapi dia tak bangun! Ya Allah! aku terus angkat Husna & kulihat kaki & tangan dia tertarik-tarik. Dada pula bergerak laju. Sangat panik masa itu, taktahu nak buat apa.Aku hanya mampu sebut Ya Allah beberapa kali sambil letakkan Husna atas katil. Tinggalkan pempers shj. Hujan pulak mase tue memang tgh lebat. Ku panggil2 nama Husna bnyk kali sehingga dia sedar & die mcm mengantuk. Aku masukkan ubat PCM plak.Sambil tue jugak telefon 999, panggil ambulan datang umah. Telefon hubby lepas tue. Ambulan sampai aku terus bawa Husna naik & Hubby ikut ambulan dari belakang. Husna pulak hanya diam jer. Sampai hospital terus masuk ER, Doc terus check dia, time nie dia dah boleh ckp sakit time Doc cucuk IV kat tangan. Demamnya sekitar 37-38 & kene warded lah since dah kene sawan nie. Instict utk tidak pergi kerja hari itu mmg ada sbbnya kan.
Petang: Doc Raj & Doc Siti Khadijah buat lawatan. Mase nie Husna boleh main2 lukis atas scribble board dia.
Malam: Sungguh panas badan Husna, Doc masukkan lagi PCM. Aku teruskan sponge sampai suhunya turun 36. Nurse pon kerap datang ke katil kami, mmg merisaukan panasnya lambat turun.

22/10: Doc Arini lawat Husna plak. Aku kira nie paedtrician la kan. Aku bgtau yg Husna tanak menyusu. Doc Arini cek tekak dia, dah bengkak tonsil dia. Dia soh drip air & start antibiotik. Demam dia dah turun tp stil on ubat syrup every 4 hours.
Petang: Husna perlu dibuat CT Scan. Risau ade pepe kat kepala akibat jatuh semlm. Dr Siti bagi Husna ubat pelali melalui drip.Dah 2 dos masuk, masih tak tido2 si Husna. Dia dok lawan mengantuk & nak main cak2 dgn nurse2 yg lalu lalang. Dekat lebih sejam dok tunggu die tido, masih tak juga. Lastly, Dr masukkan morphine utk tidokan dia.At last die tido jugak.

Petang tue pulak, Doc bagi antiviral h1n1. Antiviral nie perlu complete 5 hari, 2 dos sehari. Husna juga diambil sample di tekak utk test h1n1. Aku dah risau, bnyk kali tanya kat nurse & Doc, positive ke? Nurse bgtau result belum keluar. Seblah petang hingga ke mlm Husna mcm mamai jer, akibat ubat pelali. Mlm Husna tido dengan nyenyak, alhamdulillah. Masih drip air lagi.

23/10: Demam dah baik, suhu below 36. Aku pon bwk la dia gi mandi. Siap2 kan dia.Husna ckp 'lan..lan'='Jalan'. Bawak la die pegi main kat bilik permainan. Bila hubby sampai, baru aku plak gi menyiapkan diri. Pagi: Husna boleh mkn nestum tp still tanak minum susu.Maybe sbb masih drip air. Malam plak, tangan Husna bengkak. Panggil nurse mintak cek. Nurse buka drip & jarum kat tangan Husna,Then tgh mlm plak, nurse dtg nak cucuk balik jarum.Aku diminta tunggu kat luar blik Doc. Dengar la tangisan tragis Husna meraung-raung ' ..akit..akit aaaa...'Diam sekejap pastu nangis lagi. Dah dekat 5 minit masih tak siap2, aku pon terus menyerbu blik nurse & doc. Nurse tgh dok letak kapas kat tangan anak mak. Sori kak, doc kate tak jumpe...Aku pon terus peluk Husna & ckp kat nurse & Doc , kalo x jumpe tayah la cucuk lagi.No more drip! Aku terus pujuk Husna & tidurkan dia kat bahu.

24/10: Husna nak minum susu.Alhamdulillah...Doc Siti dtg visit & inform, if Husna dah boleh mkn & menyusu as usual, harini dah boleh balik umah. Aku pon ckp kat Husna, nak balik umah tak? Kene mkn & minum susu tau. Husna pon mkn & minum dgn baiknya. Dr Siti & Dr Arini dtg lagi, semak chart I/O (Input/Output), Dr bgtau boleh balik. Alhamdulillah....syukur sgt.

Nota:
1)Husna sgt fobia dgn si baju putih = refer to nurse & Doc. Everytime nurse/doc dtg visit,even baru sampai kat katil sebelah, Husna dah menjerit-jerit ketakutan. 'Tacot..tacot..'

2)Terima kasih atas doa & lawatan/sms/call ahli keluarga & kawan-kawan. Kesian dekat auntie Zarid kene menyorok, Husna takot sbb auntie Zarid pakai shirt putih.

3) Menurut Dr Siti, case Husna di present dlm mesyuarat since sejarah Husna yg mengidap Incontinentia Pigmenti (IP) sejak lahir. Sawan adalah salah satu kesan IP. Kami perlu monitor closely perkembangan fizikal & mental Husna dari masa ke semasa.So, aku plan utk tender after abes contract.aku perlu sediakan diri secara fizikal & mental utk ini. Result CT Scan Husna kami bawa follow-up dgn paedtrician neurologist hari Jumaat lepas. Cerita pasal IP kite taruk entry lain okay...

Berbalik kpd Title di atas, disebabkan result test tak dpt2 lagi & langkah precaution, Dr bagi kami surat utk kuarantin di rumah sehingga 31/10. So, berkampunglah kami di rumah.Hubby kene lah juga keluar membeli ration mknan utk stok. On 27/10, aku call wad paedtric nak confirmkan dos terakhir antiviral & tanya sekali result.Alhamdulillah, negative.

7 Responses to “Cerita di sebalik arahan kuarantin di rumah”

  • sedihnya baca kisah husna ni...
    korang dah sihat ek?
  • sian husna...sori met tak tahu pon husna warded.
    take care ok!
  • alhamdulillah..ijah dh koje ker?..moga husna makin sembuh
  • alhamdulillah kami sume sehat fizikal & mental,insyaAllah.
  • alhamdulillah. awak..kite akan berjiran tak lama lagi iAllah. boleh kite jenguk2 awak selalu bile dah awak mula karier SAHM (stay @ home mom).

    moga Allah sentiasa permudahkan urusan awak sekeluarga.
  • Betul3x tu huda...
  • hihi..tetibe teringat peristiwa iteww.. kesian kt auntie zarid. husna langsung tanak tgk auntie..get well soon dear.
  • Back To Top