Husna

Lilypie Fourth Birthday tickers

Asma'

Lilypie First Birthday tickers

12 Feb 2009

rutin harian di hospital

Saya EL sejak semalam sbbnya Mak saya warded di Hospital Serdang. History medical Mak dah lebey 10 tahun kene stroke & dah 2-3 kali warded akibat stroke sebelum ini. Hari Selasa lepas Mak bagitau yang tetiba kaki tak boleh langsung nak gerak/jln, hinggakan Abah perlu bawak Mak ke bilik air dsbnya. Jadi kami adik beradik ambil keputusan utk bawak Mak ke sini utk rawatan. Dan akhirnya Mak warded di Hospital Serdang sejak malam semlm. Oleh kerana semlm masuk wad kelas 3 (since kelas 2 & 1 fulled), kami tak dibenar menunggu Mak. Jadi waktu lawatan tgh hari/ptg, kami dtg beramai2. Waktu tgh hari,saya tiba awal & sempat lah menukarkan pempers Mak. Sedey rasanya.Saya berdoa sgt2 Mak saya sembuh dan bole berjln semula (sebelum ini Mak berjln guna tongkat). Bubur nasi pon saya dah buatkan utk Mak tapi rupenye Mak tak dibenarkan makan. Nurse pasang tiub utk saluran susu dihidung Mak. Mak kata kurang selesa ada mende tue di hidung. Depan Mak saya tak bole nangis sbb Mak sgt sensitif orgnya. Dlm gelak tawa, jika tersentuh hati, Mak saya boleh terus nangis.Bila ditanya Mak suke dok sini, Mak kata seronok, nurse sini baik-baik.Lege jugak rasanya.

Then, alhamdulillah sebelah ptg, Doc bagitau ada kekosongan utk bilik seorg, Jadi terus lah booking bilik tersebut. Mak pon dipindahkan ke wad tersebut petang semlm juga. Wad nye lebey selesa memandangkan kami yg dtg pon ramai.Jika berkongsi wad, dikhuatiri mengganggu pesakit lain pula. So, Abah saya boleh la sentiasa berada disisi Mak bila dah dok bilik seorg nie.

Mak pesan minta saya bgtau adik-beradik mak pasal mak.Jadi, pakcik-makcik saya pon dtglah melawat mak petang semlm. Seronok nampaknye mak. Bila Abah boleh tunggu Mak di hospital, takdelah risau sgt kami adik-beradik. Minggu nie semuanya pakat bercuti; Kakak & abg ipar, Abg & kak ipar & adik lelaki yg masih single (means belum kawen tp ramai kawan pompuan, yg semuanya die kate kawan jer.)

Walaupon dlm keadaan gini, kesihatan saya perlu saya utamakan memandangkan saya juga berada di dlm lingkungan 'fragile' ; masih dalam trimester pertama. Alhamdulillah, dengan rahmat & kurnia-Nya, Husna akan menjadi Kak Long insya Allah pertengahan September nnt. Mekasih atas sokongan semangat, nasihat & doa kawan-kawan semua. Alhamdulillah juga bos-bos saya juga amat sporting dlm hal ini, terima kasih bnyk2. Hanya Allah akan membalas budi baik kalian semua.

5 Responses to “rutin harian di hospital”

  • ijah, take care of yourself and your mom too oki
  • wah ijah, dah nak tambah lg baby...hehe congrats...take care of yourself n your mom too
  • Ijah.. kite doakan mak ijah cepat sembuh.. and Congrats for the good news!!!
  • kiss husna banyak2 from wafiy's mommy. Semoga husna jadi anak yg solehah dan bijak

    kak ijah congrats dear. waaaa nak tambah sorang lagi.

    moga emak akak cepat sembuh
  • tahniah2..

    hmm...ni yg semangat nak tambah sorg lagi nii hahaha
  • Back To Top