Husna

Lilypie Fourth Birthday tickers

Asma'

Lilypie First Birthday tickers

9 Sep 2008

Husna's Milestone

Dah lama tak update blog..penuh sawang-sawang dah rupenye... :)

Husna dah 6 bulan 1/2; dah banyak bunyik "tatata..bababa..nanana..". Alhamdulillah bulan puase nie, abahnye masuk keje kol 9, jadi dapatlah anta Husna lewat sket. Kalau tak, dah pasti Husna kene punch card kol 6.30 sbb mak naik ERL kol 7. Kompeni mak kasi balik awal sempena pose nie, so 4.30 on the dot mesti memboloskan diri dari opis. Then, around 6 dah boleh amik Husna.

Masa berbuka puasa Husna asyik dengan permainannya. Jadi, bolehlah mak & abah berbuka puasa sekali. Husna biasanya mengiring ke kiri & ke kanan, masih berusaha untuk meniarapkan diri. Husna yang leka dengan permainan akan menoleh sekali sekala ke arah mak & abah yang sedang berbuka. Panggil nama Husna, dia pon menoleh sambil tersenyum-senyum. alahai, comeynye...nie yang nak buat mak & abah tanak tinggalkan Husna pi keje nie.

Dalam entry sebelum ini, ada mention yang Husna didiagnoskan ada IP (Incontinea Pigmenti). Semuanya alhamdulillah sembuh menjelang Husna masuk 3 bulan. Apa yang selalu bermain-main difikiran sekarang ini, apakah pula kesan IP kepada perkembangan Husna seterusnya.Mak & abah berdoa moga Husna senantiasa sehat.
Namun yang pasti, kami akan membawa Husna jumpa Paed+Dermatologist (Dr Mardziah) utk minta nasehat. Btw, Dr Mardziah telah berpindah hospital; dari SJMC ke KPJ DSH. I'Allah Sabtu nie, Husna akan jumpa dengan Dr Mardziah.

2 Responses to “Husna's Milestone”

  • semoga Husna sihat selalu..mana gambo husna yg terbaru?
  • tengah belajar nak meniarap lagi ye cik husna kite?
  • Back To Top