25 Feb 2008
Husna..
Alhamdulillah, Husna selamat dilahirkan pd 22 Feb 2008, 3:14 PM di SJMC.
Kronologi 22/2/2008
7:40 - bertolak dr rumah.
8:30 - sampai di SJMC. antara yg terawal di admission counter.. tp wad dah
penuh.. terpaksa la tunggu bawah.. lama plak tu.. risau juga, sbb operation scheduled at 1:30
penuh.. terpaksa la tunggu bawah.. lama plak tu.. risau juga, sbb operation scheduled at 1:30
mak mertua, abah & makcik
12:00 - baru dpt bilik... nursing dibuat utk persediaan ceasarian. Half anaesthetic dipilih & akan dijlnkan oleh Dr Robert.
2:30 - aku dibawa masuk OT. Sejuknya rasa.. Dr Deelaila dah ada dlm OT. Sume nurses dah lengkap dgn uniform yang nampak mata tue jer. Berdebar2 rasanya. Doa & berserah pada-Nya.
Dr Robert menyuntik epidural di bahagian belakang, memang terasa sakit tapi sibbaik dpt tahan sbb aku dah bayangkan kesakitan tahap tertinggi. Aku dipegang kukuh oleh seorg nurse lelaki supaya aku tak bergerak2.Dan beberapa ketika, aku tak mampu nak gerakkan kaki hingga paras pinggang. Persiapan utk pembedahan dilakukan. Kedengaran suara berbisik2 antara nurses; ntah ape yg diorg ckp2. Dr Deelaila bagitau yang die nak test ada rasa sakit ke tak? Mule2, aku rasa semcm ada tolakan dgn tangan & benda yang nipis. Aku bagitau dgn die. So, die cakap aku patut akan rasa tolakan/gerakan badan tapi tanpa rasa sakit. Then, skali lagi aku rasa mcm ada tolakan dan tak rasa sakit ke ape. Dah start bedah ke? Ntahla, since kat depan muka ada kain penghadang. Ada la dengar2 barangan steel diletak dlm mangkuk etc. Aku cakap kat nurse, aku sejuk gile.
3.14 - Then, aku dengar suara tangisan pertama Husna yang kuat! Alhamdulillah... Husna selamat dilahirkan dgn berat 2.68kg. Dr Indon (paed) mengunjukkan baby kpd aku & ciuman diberikan utk Husna.
3.45 - aku dibawa ke recovery room. Aku kesejukkan sampai menggeletar satu badan. Nurse memasukkan blower utk panaskan badan. Masa nie rasa mcm pening2 lalat; kejap2 tertidur then terjaga balik bile nurse panggil2 nama.
5:30 - keluar dr OT & Hubby, mak mertua, abah & makcik tunggu kat luar OT. Aku dibawa ke wad.
6:30 - menyambut ahli keluarga baru yg kedua :) di SJMC gak..
Persona tranquality black
Tag →
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 Responses to “Husna..”
sori tak sempat melawat. beriya2 dgn zarid nak pegi semalam (isnin), tup2 dah balik.
Post a Comment