Husna

Lilypie Fourth Birthday tickers

Asma'

Lilypie First Birthday tickers

17 Feb 2008

Aku sebuah Kenari

November 2003 - Aku memulakan khidmat kepada tuan aku, Jln Gurney, KL menjadi saksi.. banyak jasa aku kepada Tuan.. ke mana saja Tuan dan Mem nak pergi, aku sentiasa bersedia tanpa sebrg masalah.. semasa hari pernikahan Tuan, aku lah yg memecut lebih 140km/j sbb Pak Imam tak sabar2 nak akad nikah.. tapi itu belom cukup laju, sbb aku pernah lari hampir 160km/j di PLUS highway, dekat Pagoh, nasib baik kena potong dgn kereta polis, kalau tak boleh pusing 360 darjah aku punya meter.. bersama-sama Tuan dan Mem, kami dah sampai ke Sintok, Kuantan, JB, Genting, Dengkil.. jln bengkang bengkok, berbukit bukau, traffic jam di tgh KL, lopak2 di kampung, semuanya sudah dilalui.. bukan setakat Tuan dan Mem, apa saja barang, aku sedia mengangkutnya.. dah 4 kali tuan aku pindah rumah, kalau takde aku, mungkin lori angkat barang tu kena ulang alik 2-3 kali.. aku pon kuat tau.. pernah belakang aku dilanggar Wira di MRR2, tapi cuma no. plet je yang patah, kuat tak aku? yg paling aku ingat, Mem langgar tiang kat ofis dia, sampai kemek muka aku.. tapi Tuan baik, dia hantar aku ke kedai ketuk lps 3 tahun, baik kan tuan aku?..

Akhir2 ni aku nampak Tuan dan Mem gembira lebih dr biasa.. setiap dua minggu sekali, mereka pegi SJMC.. siapa yg sakit? Tuan ke Mem? tapi balik dr hospital nampak gembira je.. takpelah, suka mereka suka aku juga.. sakit mereka, aku tak sakit apa2, hahaha.. tapi aku sebenarnya risau juge.. Kadang2 mereka bawak aku pegi Proton Edar showroom.. Tuan siap test drive Persona dan Saga baru lagi.. makin bertambah risau, lepas test drive Persona, Tuan senyum, Mem pulak angguk.. isk, Tuan nak cari pengganti ke?

0 Responses to “Aku sebuah Kenari”

Back To Top